Ibu bapa/ penjaga
Murid Tingkatan Satu dan Peralihan
SMK Methodist ACS (M)
70000 SEREMBAN
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU
DAN PERALIHAN TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak sekolah merakamkan
ucapan terima kasih atas keyakinan tuan/puan memilih SMK Methodist ACS (M)
untuk melanjutkan persekolahan menengah anak tuan/puan.
3. Sukacita dimaklumkan bahawa
satu taklimat dan orientasi kepada murid-murid Tingkatan Satu dan Peralihan 2019
akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 28-12-2019 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat
Kegiatan Kokurikulum SMK Methodist ACS (M) Seremban
Pakaian Murid: Pakaian
Seragam Sekolah
Kehadiran: Ibu
bapa/penjaga dan murid adalah diwajibkan
Keperluan Dokumen: a. 1 salinan fotostat
surat beranak
b.
1 salinan fotostat kad pengenalan murid dan ibu bapa
c.
1 salinan fotostat bil telefon/air/elektrik
d.
1 salinan slip keputusan UPSR 2019
e.
Borang maklumat murid yang lengkap diisi
f.
4 salinan gambar bersaiz pasport (berpakaian uniform sekolah)
4. Sehubungan dengan itu, buku
teks (SPBT) akan diedarkan pada 28-12-2019 selepas taklimat dijalankan. Buku
latihan dan alat tulis boleh dibeli di Kedai Koperasi Sekolah pada hari
tersebut. Kedai Koperasi Sekolah tidak akan membekalkan beg plastik, mohon
pihak tuan/puan menyediakan beg sendiri.
Sekian, atas kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERSIH . MUAFAKAT .
SEJAHTERA"
Saya yang menjalankan amanah,
REVICHANDRAN A/L GOPALAN
Pengetua,
SMK Methodist ACS (M) Seremban
**Catatan:
Tarikh Pengesahan Penempatan Murid Tahun 6 ke Kelas Peralihan/ Tingkatan 1 Sesi 2020:
4 November 2019 - 15 November 2019