Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pelancaran Program Bulan Kecergasan bagi semua sekolah di Negeri Sembilan akan dijalankan serentak seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tgh
3. Sehubungan itu semua pelajar sesi pagi dan petang dikehendaki hadir tepat pada 7.30 pagi di Pusat Kegiatan Kokurikulum SMK Methodist (ACS). Diharapkan semua ibubapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan dan memastikan kehadiran anak tuan/ puan pada tarikh tersebut.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.