Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Thursday, October 11, 2012

Berita APDM

Makluman Kepada Semua Guru Tingkatan 
Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.
Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya. Guru kelas Tingkatan 3 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa/ penjaga adalah terkini. Kegagalan guru kelas berbuat demikian boleh menyebabkan proses permohonan murid tersebut akan tergendala atau terganggu. Harap maklum.

Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21 september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/ penjaga terlebih dahulu. Harap maklum.