Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Wednesday, May 4, 2016

TINJAUAN TENTANG BARANGAN UNTUK PEPERIKSAAN AWAM






Lembaga Peperiksaan akan menjalankan tinjauan mengenai barangan yang boleh dibawa masuk ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
Tinjauan ini dijalankan kepada pentadbir dan guru sekolah, calon serta ibu bapa secara atas talian di Google Forms melalui pautan di atas mulai 3 hingga 9 Mei 2016.
Tinjauan ini bertujuan untuk meninjau barangan yang boleh dibawa atau tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan untuk penambahbaikan prosedur operasi standard dalam pengurusan peperiksaan bagi memantapkan intergriti dalam pengurusan peperiksaan, menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor serta memastikan keadilan kepada semua calon.
Tuan/Puan dikehendaki menjawab semua soalan yang terkandung dalam tinjauan ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
Kerjasama tuan/puan dalam menjawab item tinjauan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.