Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Tuesday, November 15, 2011

Semakan Slip Peperiksaan Pelajar


Ibubapa boleh mencetak prestasi pencapaian anak anda melalui laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS, satu sistem analisa peperiksaan berpusat. Sistem ini mula diperkenalkan dan digunakan di seluruh negara pada Julai 2011. Sistem ini mempunyai kemudahan yang mana ibubapa boleh memantau keputusan peperiksaan anak-anak secara dalam talian. 
Ibubapa hanya perlu pergi ke alamat berikut http://www.saps.moe.gov.my atau boleh juga ke pautan yang telah disediakan di sebelah kanan laman web ini. Kemudian, bolehlah anda mengikut langkah-langkah di bawah.
Anda boleh klik pada SEMAKAN IBU BAPA.
Kemudian, menu seperti di bawah akan keluar, dan anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anak anda.



Selamat Mencuba!