Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Showing posts with label Aplikasi Pengkalan Data Murid. Show all posts
Showing posts with label Aplikasi Pengkalan Data Murid. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Berita APDM


Makluman Kepada Semua Guru Tingkatan!

Semua murid telah naik tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).

Enrolment dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran SAPS dan bantuan murid.
Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid  tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas . Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.

Terima kasih.

Friday, October 19, 2012

Berita APDM Terkini

MAKLUMAN KEPADA GURU TINGKATAN....
Tuan/Puan,
Pelaksanaan E-DAFTAR Menengah, Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh Menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Pelaksanaan e-Daftar Rendah bagi kemasukan ke Tahun 1, e-Daftar Menengah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 permohonan atas talian bagi Sekolah Berasrama Penuh  (SBP), Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tahun 2012 telah menggunakan data murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

3.         Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini Tuan/Puan  selaku Guru Kelas perlu memastikan tindakan dan peranan Tuan/Puan dilaksanakan sebelum tarikh tutup pelaksanaan ini pada 30 Oktober 2012.
  •            Tindakan Guru Kelas
memastikan telah mengemaskini maklumat akademik dan menyerahkan permohonan atas talian kepada Pengetua  bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan
4.         Manual panduan pengguna boleh dimuat turun melalui APDM.

Sekian, terima kasih.

dipetik dari APDM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(muat turun dari APDM KPM)

Thursday, October 11, 2012

Berita APDM

Makluman Kepada Semua Guru Tingkatan 
Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.
Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya. Guru kelas Tingkatan 3 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa/ penjaga adalah terkini. Kegagalan guru kelas berbuat demikian boleh menyebabkan proses permohonan murid tersebut akan tergendala atau terganggu. Harap maklum.

Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21 september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/ penjaga terlebih dahulu. Harap maklum.

Friday, April 13, 2012

Berita terkini berkenaan APDM.....

Untuk Perhatian semua guru tingkatan,
Bagi permohonan baru biasiswa tahun 2012, guru-guru tingkatan diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua selewat-lewatnya 22 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.


Terima kasih.

Wednesday, April 4, 2012

Pengemaskinian info bapa/ibu dalam APDM

Makluman Kepada Semua Guru Tingkatan

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan pada 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa.


Bagi permohonan baru biasiswa tahun 2012, guru tingkatan diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua selewat-lewatnya 15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir. 
Terima kasih. 


Aplikasi APDM akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 am hingga 12:15 am setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan