Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sunday, February 19, 2012

Berita terkini APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid)

Makluman kepada semua guru tingkatan,

Pihak kami menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan oleh Aplikasi SAPS  yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012.


Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (26 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.
 Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon mengambil tindakan segera untuk melaksanakan pengemaskinian data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa dikemaskini.


Sekian terima kasih.


 Rujuk Sistem APDM