Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Saturday, March 10, 2012

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Kaunseling merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.

Perkhidmatan yang disediakan :

Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
1. Memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok
2. Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk
3. Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak berkenaan atau atas permintaan klien.

Jenis Kaunseling :

1. Kaunseling Individu
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.

2. Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. 


3. Kaunseling Keluarga
Kaunseling Keluarga ialah yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.


Jika anda memerlukan perkhidmatan kaunseling, anda boleh membuat temujanji dengan kaunselor anda di Bilik Bimbingan & Kaunseling.