Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Tuesday, April 10, 2012

Program Penajaan Pengajian Untuk Pelajar Cemerlang 2011


Dipetik dari Blog Rasmi KPM......

Program Penajaan Pengajian Untuk Pelajar Cemerlang Diumum

Timbalan Perdana Menteri hari ini mengumumkan program penajaan pengajian kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

Bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka, Kerajaan mengumumkan kaedah pengurusan dan penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama dan persediaan pra-universiti.

Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Kabinet, Kerajaan melalui JPA dan KPM telah meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada tahun ini.

Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

(i) Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di kalangan yang terbaik atau crème de la crème mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan yang menjadi minat pelajar di universiti dalam dan luar negara seperti yang disenaraikan oleh JPA.

ii) Bursary

Bursary adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara AUTOMATIK oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan ibu bapa pelajar yang menunjukkan keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi tidak berjaya untuk mendapat penajaan untuk melanjutkan pelajaran setiap kali keputusan penajaan diumumkan kerana persaingan yang amat sengit dan bilangan yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang. Pada masa yang sama, Kerajaan juga mempunyai kekangan dari segi peruntukan kewangan berikutan kos pendidikan yang semakin meningkat.

Walau bagaimamanapun, pada tahun ini, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menawarkan Bursary kepada semua 1,609 pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas. Statistik pencapaian 1,609 pelajar adalah seperti berikut:

• 9A+ : 1,020 orang

• 10A+ : 492 orang

• 11A+ : 90 orang

• 12 A+ : 7 orang