Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Saturday, June 23, 2012

Hari Pemuafakatan Ibubapa/Penjaga dan Guru


Kepada,
Semua Ibubapa / Penjaga,

Tuan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Pemuafakatan Ibubapa dan Guru pada ketetapan seperti berikut:

            Tarikh:             30  Jun  2012  (SABTU)

            Masa:              9.00 pg  hingga 12.00 tgh

            Tempat:           Kelas masing-masing      

3.         Perjumpaan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada Ibubapa/Penjaga untuk mengetahui kemajuan akademik anak-anak tuan/puan.

4.         Ibubapa/Penjaga juga dijemput untuk berjumpa dengan Guru Penolong Kanan  HEM/Guru Kaunselor dan Guru Disiplin di pejabat/bilik bimbingan & kaunseling/bilik disiplin jika perlu.

5.         Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan pencapaian akademik serta membentuk sahsiah diri murid.

Kerjasama tuan/puan dalam hal amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.