Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Friday, October 19, 2012

Berita APDM Terkini

MAKLUMAN KEPADA GURU TINGKATAN....
Tuan/Puan,
Pelaksanaan E-DAFTAR Menengah, Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh Menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Pelaksanaan e-Daftar Rendah bagi kemasukan ke Tahun 1, e-Daftar Menengah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 permohonan atas talian bagi Sekolah Berasrama Penuh  (SBP), Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tahun 2012 telah menggunakan data murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

3.         Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini Tuan/Puan  selaku Guru Kelas perlu memastikan tindakan dan peranan Tuan/Puan dilaksanakan sebelum tarikh tutup pelaksanaan ini pada 30 Oktober 2012.
  •            Tindakan Guru Kelas
memastikan telah mengemaskini maklumat akademik dan menyerahkan permohonan atas talian kepada Pengetua  bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan
4.         Manual panduan pengguna boleh dimuat turun melalui APDM.

Sekian, terima kasih.

dipetik dari APDM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(muat turun dari APDM KPM)