Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Tuesday, March 12, 2013

Cuti Berganti


Kepada,
Semua ibubapa/penjaga

 

Tuan/Puan,
PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013, dari hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 16 Mac 2013. Sila rujuk Surat Siaran KPM Bilangan 5  2013 untuk maklumat lanjut. 
3. Pihak sekolah akan menggantikan hari persekolahan seperti jadual di bawah:
Tarikh Cuti
Tarikh Ganti Sekolah
Jenis Cuti
14 Februari 2013 (Khamis)
16 Mac 2013 (Sabtu)
Ikut jadual waktu hari Khamis
Cuti Berganti


4. Diharapkan semua ibubapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan dan memastikan kehadiran anak tuan/ puan pada tarikh tersebut.
5. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.