Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Thursday, November 14, 2013

Pengesahan Penempatan untuk Pelajar Tingkatan 1/Peralihan 2014

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN TAHUN 2014
1. Dengan segala hormatnya berhubung perkara di atas dimaklumkan bahawa satu taklimat dan orientasi kepada murid-murid Peralihan/ Tingkatan Satu 2014 akan dijalankan pada ketetapan yang berikut:
                                                Tarikh                     :               31-12-2013 (Selasa)
                                                Masa                      :               9.00 pagi
                                                Tempat                  :               Pusat Kegiatan Kokurikulum 
                                                Pakaian Pelajar     :               Lengkap Berpakaian Seragam Sekolah
                                                Kehadiran              :               Ibubapa/penjaga dan murid  diwajibkan
2. Pengesahan Penempatan boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:
       Tarikh                     :               26 November 2013 - 29 November 2013
       Masa                      :               Waktu Pejabat
       Tempat                  :               Pejabat SMK Methodist (ACS)
3. Sila bawa bersama perkara-perkara yang berikut :
    a. Surat Penempatan
    b. 1 salinan fotostat surat beranak
    c. 1 salinan fotostat kad pengenalan
    d. 1 salinan fotostat bil telefon/air/elektrik
    e. 1 salinan slip keputusan UPSR 2013
    f . Buku kesihatan

4.       Buku latihan dan alat tulis untuk 2014 boleh dibeli di Kedai Koperasi Sekolah pada hari pendaftaran . Sila sediakan beg sendiri. Kedai Koperasi Sekolah tidak akan membekalkan beg plastik.
5.       Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan menyampaikan maklumat kepada semua pelajar dari sekolah tuan/puan.

Di atas kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Senarai nama pelajar Peralihan/ Tingkatan 1 tahun 2014: