Kepada semua Ibu
bapa/penjaga,
Tuan/Puan,
Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan
1Malaysia Tahun 2014
Dengan segala hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa ‘Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 akan diadakan seperti
butiran berikut:
Tarikh: 23-1-14 (Khamis)
Masa: sesi pagi: 12 .00 – 1.10 petang (W8 - W9)
Sesi
petang: 1.10 – 2.10 petang ( W1 - W2)
Tempat: Di kelas masing-masing
3. Sehubungan dengan
ini, ibu bapa atau penjaga yang sah bagi murid dijemput hadir bersama sebagai
penerima. Sila bawa bersama kad pengenalan anak dan ibu bapa/penjaga yang asal
sebagai bukti pengesahan.
4. Ibu bapa/penjaga
yang tidak dapat hadir diminta mengisi surat turun kuasa kepada anak
masing-masing dan menyerahkan surat tersebut kepada guru tingkatan pada/sebelum
21-1-14 (Selasa)
5. Pihak Sekolah
memohon ibu bapa/ penjaga mengingatkan anak tentang keselamatan wang yang
diterima. Sebarang kehilangan/kecurian adalah tanggungjawab murid itu sendiri
Sekian terima kasih.