PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
- Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
- Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
- Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
- Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
- Aktif dalam kokurikulum
TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI
SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID
Semakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
|