Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Saturday, March 7, 2015

Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Yang ke 42

Kepada,
semua ibu bapa / penjaga,
Tuan/Puan,

Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Yang ke 42 dan Anugerah Kecemerlangan

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-42 SMK Methodist (ACS), Seremban.

2.      Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut mengikut ketetapan di bawah:
                                    Tarikh             : 7 Mac 2015 ( Sabtu )
                                    Masa                : 2.00 Petang
                                    Tempat            : Pusat kegiatan kokurikulum (PKK)  

3.      Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai. Diharapkan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian. Terima kasih.