Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Saturday, June 27, 2015

Hari Permuafakatan ibu bapa / Hari Penetapan Target

Tarikh: 27-6-15
Hari: Sabtu
Pengetua En Thong Kok Chaw
GPK 1 Pn See Bee Ean
 

Saturday, June 20, 2015

Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru/ Hari Penetapan Target

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga,
SMK Methodist (ACS),
Seremban, Negeri Sembilan.


Tuan,

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU / HARI PENETAPAN TARGET

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru / Hari  Penetapan Target pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh
:
27  Jun 2015  (SABTU)
Masa
:
9.00 pg  hingga 12.00 tgh
Tempat
:
Kelas masing-masing

3.         Perjumpaan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada Ibu bapa/Penjaga untuk mengetahui kemajuan akademik anak-anak tuan/puan.

4.         Ibu bapa/Penjaga juga dijemput untuk berjumpa dengan Guru Penolong Kanan  HEM /Guru Kaunselor dan Guru Disiplin di pejabat/bilik bimbingan & kaunseling/bilik disiplin jika perlu.

5.         Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan pencapaian akademik serta membentuk sahsiah diri murid.

Kerjasama tuan/puan dalam hal tersebut amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Tuesday, June 16, 2015

Waktu Persekolahan Bagi Bulan Puasa 2015


Kepada ,
Semua ibu bapa / penjaga
                                                                                                                                               
Tuan/puan,

Waktu Persekolahan Bagi Bulan Puasa 2015

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa waktu persekolahan adalah seperti berikut:
Sesi Pagi
Sesi Petang
Isnin - Khamis
Jumaat
Isnin - Khamis
Jumaat
7.20 pagi - 1.00 petang
Waktu ke 10 : 1.00 - 1.35 petang
Waktu ke 11 :   1.35 - 2.05 petang
7.20 pagi - 12.20 petang
Kelas POL seperti biasa
1.00 - 5.45 petang
2.25 - 5.45 petang
Kelas POL seperti biasa
2. Sila uruskan pengangkutan anak-anak di bawah jagaan tuan/puan.


Sekian, terima kasih.