Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Saturday, June 20, 2015

Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru/ Hari Penetapan Target

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga,
SMK Methodist (ACS),
Seremban, Negeri Sembilan.


Tuan,

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU / HARI PENETAPAN TARGET

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru / Hari  Penetapan Target pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh
:
27  Jun 2015  (SABTU)
Masa
:
9.00 pg  hingga 12.00 tgh
Tempat
:
Kelas masing-masing

3.         Perjumpaan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada Ibu bapa/Penjaga untuk mengetahui kemajuan akademik anak-anak tuan/puan.

4.         Ibu bapa/Penjaga juga dijemput untuk berjumpa dengan Guru Penolong Kanan  HEM /Guru Kaunselor dan Guru Disiplin di pejabat/bilik bimbingan & kaunseling/bilik disiplin jika perlu.

5.         Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan pencapaian akademik serta membentuk sahsiah diri murid.

Kerjasama tuan/puan dalam hal tersebut amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”