Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sunday, August 9, 2015

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017


1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI. 

2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
       A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
       B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
       C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
       D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
       E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
       F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
       G. Sekolah Berprestasi Tinggi.
    
 3. Cara Permohonan.
  i.   Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.    
  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
       Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
    
       Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
       Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.
       Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
       Kaunselor/guru/pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)          

          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897          
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar          
          Nombor PIN 5 Digit.
       Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.

Pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masalah berkenaan permohonan ke Program Matrikulasi dijemput berjumpa dengan Kaunselor anda, Pn Choo Pei Huey atau En Subramaniam