Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sunday, November 5, 2017

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Khas buat anak-anak murid ACS dan anak-anak warga SMK Methodist ACS (M) yg akan menduduki peperiksaan SPM mulai esok,
SELAMAT MENDUDUKI PEP. SPM & SEMOGA SEMUA AKAN MEMPEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG!
Doa restu saya sentiasa mengiringi perjuangan setiap anak calon SPM.

Dalam hadapi situasi banjir. Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat sahih dari media rasmi.

Sila memaklumkan kepada Pengetua jika tinggal di kawasan banjir atau melalui kawasan banjir untuk ke pusat peperiksaan.

 *Berikut
Persediaan oleh Pelajar dan Keluarga*

1. Menyediakan buku, alat tulis, dokumen peperiksaan dan
keperluan peribadi jika diperlukan perpindahan segera.

2. Mengetahui tempat perpindahan banjir atau rumah saudara mara terdekat serta pusat peperiksaan yang baru jika terdapat sebarang perubahan pusat peperiksaan yang dimaklumkan oleh pihak sekolah.

3. Mengetahui nombor telefon dan organisasi berkaitan untuk mendapatkan bantuan jika diperlukan.

4. Peka kepada maklumat terkini terutamanya dari Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan keadaan banjir melalui siaran media massa.

Sekian, terima kasih.

Pengetua,
Cik New Ah Kow