Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Thursday, November 8, 2018

PEMBERITAHUAN CUTI BERGILIR PADA HARI PEPERIKSAAN SPM 2018


Semua ibu bapa/penjaga murid,
Tingkatan 1Z, 1S, 2Z, 2S, 3 dan 4 (Sesi Pagi)
Tingkatan Peralihan, 1A, 1B, 1T, 2A, 2B dan 2T (Sesi Petang)
SMK Methodist ACS (M)
70000 SEREMBAN

 

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN CUTI BERGILIR PADA HARI PEPERIKSAAN SPM 2018

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.     Dimaklumkan  bahawa  Peperiksaan SPM Tahun 2018 akan  berlangsung mulai  13 Nov 2018. Semasa peperiksaan tersebut dijalankan, beberapa kelas akan digunakan untuk kegunaan peperiksaan. Murid lain yang tidak menduduki peperiksaan akan diberi cuti secara bergilir di sepanjang tempoh peperiksaan SPM dijalankan. Ini akan membolehkan peperiksaan dijalankan dengan tenang tanpa gangguan daripada murid lain yang tidak menduduki peperiksaan tersebut.

3.   KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 tahun 2016 bertarikh 30 Ogos 2016 telah membenarkan cuti bergilir pada hari peperiksaan kepada murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan tersebut. Bilangan kehadiran bagi murid yang dicutikan tidak diambil kira sebagai hari persekolahan murid tersebut.

4.        Berikut adalah jadual yang berkenaan untuk makluman pihak tuan/puan.

Tarikh
Hari
Kelas yang dicutikan
13 November 2018
Selasa
3B, 3G, 3T (sesi pagi)


PA, 1B, 2A (sesi petang)
14 November 2018
Rabu
3A, 3S, 3Z (sesi pagi)


1A, 2B (sesi petang)
15 November 2018
Khamis
4A, 4T (sesi pagi)


1T, 2T (sesi petang)
19 November 2018
Isnin
4B, 4G, 4E (sesi pagi)
21 November 2018
Rabu
1Z, 1S, 4Z (sesi pagi)
22 November 2018
Khamis
2Z, 2S, 4S  (sesi pagi)


Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

”BERSIH . MUAFAKAT . SEJAHTERA”

               

Saya yang menjalankan amanah,


 (NEW AH KOW)
Pengetua DG54
SMK Methodist ACS (M) Seremban