Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Wednesday, April 6, 2011

Larangan membawa telefon bimbit oleh murid di sekolah

Semua Ibubapa / Penjaga Murid

Tuan / Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil.2/2009
PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA DAN MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH
Perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat ketetapan melalui surat pekeliling di atas telah melarang penggunaan telefon bimbit oleh murid di dalam kawasan sekolah hendaklah dkuatkuasakan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan serta-merta.

3. Oleh yang demikian, mohon kerjasama para ibubapa/penjaga murid supaya tidak membenarkan anak-anak di bawah jagaan tuan /puan membawa sebarang telefon bimbit ke sekolah.

4. Atas keprihatinan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini adalah amat diharapkan.

Sekian terima kasih.



Muat turun surat pekeliling ikhtisas Bil 2/2009