Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Tuesday, April 26, 2011

Kepada,
Semua ibu bapa/ Penjaga murid
Tuan/Puan,
Jemputan Menghadiri Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Kokurikulum & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2011
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan “Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Kokurikulum & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2011”.
2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad B.Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan menyempurnakan majlis tersebut.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Mei 2011 (Selasa )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Kokurikulum
4. Tuan/Puan mesti berpakaian kemas dan formal. Pakaian menjolok mata, T-shirt dan selipar tidak dibenarkan.
5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan kehadiran ke majlis ini untuk tindakan tuan/puan. Sila kembalikan ke pihak sekolah selewat-lewatnya pada atau sebelum 3 Mei 2011 ( Selasa ).
6. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.