Visi

VISI:
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi

MISI :
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sunday, September 11, 2011

Latihan Kawad Kebakaran kali kedua tahun 2011

 Tarikh: 14-7-2011


Wednesday, September 7, 2011

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2012 adalah secara Online!


Permohonan secara Online boleh dibuat mulai  1 September sehingga 15 Oktober 2011  dengan melayari Laman Web KPM, http://apps.moe.gov.my
Terima kasih.

Pemeriksaan Kesihatan & Pelalian anti-tetanus

Tarikh: 7 & 8 September 2011 

Dr Firdaus dengan pelajar

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Monday, July 25, 2011

Permohonan Kemasukan ke matrikulasi KPM sesi 2012/ 2013

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 (calon SPM 2011) sudah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011.
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar yang bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun adalah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
2. Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK PROGRAM PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun adalah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu cara sahaja untuk permohonan program matrikulasi iaitu permohonan melalui internet (PMI).
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
Sila layari pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2012

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2012

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI 2012

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN BAGI PROGRAM MATRIKULASI 2012

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Take Control of your own destiny!

Saturday, July 23, 2011

Waktu Persekolahan Bulan Puasa 2011

Sesi Pagi
Isnin- Khamis:
7.20 pagi - 1.00 petang
Waktu ke 10: 1.00- 1.30 petang
Waktu ke 11: 1.30- 2.00 petang
Jumaat:
7.20 pagi- 12.20 petang
Kelas POL seperti biasa

Sesi Petang:
Isnin- Khamis:
1.00 - 5.45 petang
Jumaat:
2.25 - 5.45 petang
Kelas POL seperti biasa

Ibu bapa diminta supaya menguruskan pengangkutan anak-anak di bawah jagaan anda.

Thursday, July 7, 2011

HARI PERSEKOLAHAN SEMPENA PELANCARAN PROGRAM BULAN KECERGASAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pelancaran Program Bulan Kecergasan bagi semua sekolah di Negeri Sembilan akan dijalankan serentak seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tgh
3. Sehubungan itu semua pelajar sesi pagi dan petang dikehendaki hadir tepat pada 7.30 pagi di Pusat Kegiatan Kokurikulum SMK Methodist (ACS). Diharapkan semua ibubapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan dan memastikan kehadiran anak tuan/ puan pada tarikh tersebut.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Kepada,
Semua ibubapa/penjaga

Tuan/Puan,
CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2011
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak sekolah akan menggantikan hari persekolahan seperti jadual di bawah:
Hari Pengganti Sekolah
Tarikh Bercuti
Catatan
2-7-2011 (Sabtu)
28-10-2011 (Jumaat)
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan diadakan
3. Semua pelajar dikehendaki melaporkan diri pada pukul 7.00 pagi. Diharapkan semua ibubapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan dan memastikan kehadiran anak tuan/ puan pada tarikh tersebut.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 4, 2011

Thursday, April 28, 2011

Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web
http://www.moe.gov.my/

2. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan.

Tuesday, April 26, 2011

Kepada,
Semua ibu bapa/ Penjaga murid
Tuan/Puan,
Jemputan Menghadiri Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Kokurikulum & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2011
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan “Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Kokurikulum & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2011”.
2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad B.Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan menyempurnakan majlis tersebut.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Mei 2011 (Selasa )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Kokurikulum
4. Tuan/Puan mesti berpakaian kemas dan formal. Pakaian menjolok mata, T-shirt dan selipar tidak dibenarkan.
5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan kehadiran ke majlis ini untuk tindakan tuan/puan. Sila kembalikan ke pihak sekolah selewat-lewatnya pada atau sebelum 3 Mei 2011 ( Selasa ).
6. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 6, 2011

Larangan membawa telefon bimbit oleh murid di sekolah

Semua Ibubapa / Penjaga Murid

Tuan / Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil.2/2009
PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA DAN MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH
Perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat ketetapan melalui surat pekeliling di atas telah melarang penggunaan telefon bimbit oleh murid di dalam kawasan sekolah hendaklah dkuatkuasakan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan serta-merta.

3. Oleh yang demikian, mohon kerjasama para ibubapa/penjaga murid supaya tidak membenarkan anak-anak di bawah jagaan tuan /puan membawa sebarang telefon bimbit ke sekolah.

4. Atas keprihatinan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini adalah amat diharapkan.

Sekian terima kasih.



Muat turun surat pekeliling ikhtisas Bil 2/2009

Tuesday, March 29, 2011

Perkhidmatan Bas Sekolah: Penggunaan Bas Sekolah Tanpa Permit

Kepada semua ibu bapa/ Penjaga,

Ibu bapa diingatkan supaya memilih perkhidmatan bas sekolah yang mempunyai permit yang sah bagi mengangkut anak-anak anda pergi dan balik dari rumah ke sekolah. Kejadian-kejadian yang menimpa murid-murid sekolah ketika menggunakan perkhidmatan bas haram sebelum ini hendaklah dijadikan iktibar demi menjamin keselamatan dan kebajikan anak-anak anda

Muat turun surat pekeliling Perkhidmatan Bas Sekolah Penggunaan Bas Sekolah Tanpa Permit

Hari Pengganti Sekolah: 9-4-2011 (Sabtu)

Cuti Berganti dan cuti peristiwa sempena perayaan Good Friday/Hari Deepavali

22-4-2011 (Jumaat):
Cuti Peristiwa (Good Friday) - Tidak perlu ganti

24-10 -2011 (Isnin): Cuti Hari Deepavali
Cuti Berganti

Hari pengganti sekolah: 9-4-2011(Sabtu)
(jadual waktu hari Isnin)

Sunday, March 27, 2011

Keputusan SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang berikut yang memperoleh A dalam semua matapelajaran:
1. Felicia Khoo I-San
2. Jacintra a/p Sahadevan
3. Kirthana Muthu a/p Shanmugam
4. Sharvananthi a/p Kobala Krishnan
5. Terry Teh Kim Leong

Tahniah diucapkan kepada mereka yang sangat cemerlang!
Kepada mereka yang kurang cemerlang jangan putus asa, pilihlah kursus vocational sebagai kerjaya yang memberi nilai tambah kepada diri sendiri.

Malaysia-Scholarships.com:

Information on Malaysia Scholarships, Malaysia Study Loans, Student Financial Aids in Malaysia

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang, Tristan Chang

Pencapaian Tristan Chang, Tingkatan 2 Setia dalam 11th World Chin Woo Martial Arts Competition:
1 Gold & 2 Silver medals

Sunday, March 6, 2011

Program Imunisasi HPV suntikan pertama - Tingkatan 1

Tarikh: 4-3-2011
Hari: Jumaat